• 1
  • 2
Selamat Datang Ke Website JKM

Selamat datang ke laman web Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah Darul Aman.

Read more
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) - (DTP)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
Read more
jkm ptsb
PENGENALAN
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan salah sebuah Jabatan akademik induk yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKM menawarkan tiga program di peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta satu kursus diperingkat sijil iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal.

Objektif
  • Memberi pengetahuan teori dan amali di dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi melahirkan tenaga separa mahir untuk memenuhi keperluan negara
  • Membina kecekapan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya  mampu menangani pelbagai cabaran hasil dari perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu

Program-program yang ditawarkan
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) - (DTP)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
 
Kemudahan Fasiliti, Bengkel dan Makmal sedia ada
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dilengkapi dengan kemudahan fasiliti, bengkel dan makmal yang terbaik dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan para pelajarnya. Di antara fasiliti yang wujud di jabatan ini adalah:
  • Makmal Mekatronik – Kelengkapan utama bagi memenuhi bidang tujahan di PTSB iaitu alatan latihan amali yang berbentuk mekanikal dan elektronik
  • Bengkel Kimpalan -  Dilengkapi dengan kemudahan membuat latihan amali kimpalan bermula dari kimpalan arka, kimpalan gas, seterusnya TIG dan MIG
  • Bengkel CNC – Mempunyai mesin CNC Wirecut, CNC Larik, CNC Die Sinking dan CNC Milling yang terkini
  • Selain itu juga, fasiliti seperti Makmal Robotik, Makmal PLC, dan Makmal CAD merancakkan lagi suasana pembelajaran di institusi ini.